Kisah anjing bercakap besar
Keberanian yang sebenarnya
“Kehendak dan keberanian yang sebenarnya bukan hanya untuk peperangan tetapi juga untuk diri kita melawan dan menakluki rasa malas dan kebosanan dalam diri kita sendiri"
Dwight Moody
Labels: Keberanian , Motivasi
Rahsia Personaliti yang baik
Apabila ditanya mengenai rahsia personalitinya yang baik, Winston Churcill menjawab:
“Saya tidak ada apa rahsia. Sebenarnya anda masih belum belajar mengenai hidup secara mendalam. Tidakkah anda perasan yang anda boleh memberi warna kepada kehidupan. Andalah yang boleh menentukan reaksi yang anda mahu dari orang yang adan temui. Sememangnya amat mudah. Jika anda mahu mereka senyum pada anda, senyumlah dahulu. Jika anda mahu mereka mempunyai minat terhadap anda, tunjukkanlah yang anda juga berminat pada mereka. Jika anda mahu mereka memuji anda, pujilah mereka dahulu. Jika anda mahu mereka menaikkan suara mereka, naikkanlah suara anda dahulu. Ia memang mudah. Orang akan melayan anda seperti anda melayan mereka.
Sememangnya tidak ada rahsia. Lihatlah diri anda. Anda akan dapat buktikannya apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda temui..”
Labels: Personaliti
Menulislah ...
“Kata-kata yang ditulis dapat memenangi hati lebih banyak orang jika dibanding dengan kata-kata yang diucap. Setiap gerakan yang besar di dunia lebih terhutang budi kepada tokoh-tokoh penulis daripada tokoh-tokoh pidato” - Adolf Hitler
Labels: Motivasi