Kisah anjing bercakap besar


Ada sebuah cerita yang mengisahkan seekor anjing yang bercakap besar tentang kelajuannya berlari. Pada suatu hari, ia mengejar seekor arnab tetapi gagal untuk menangkapnya. Akibatnya ia menjadi bahan ejekan anjing lain. Ia pun menjawab: Ingatlah bahawa arnab itu berlari untuk menyelamatkan nyawanya. Arnab itu mempunyai motif. Saya pula hanya berlari untuk suka-suka. Jika anda bekerja untuk suka-suka atau kerana gaji, anda tidak akan berusaha bersungguh-sungguh berbanding bekerja untuk matlamat jangka panjang dan mendalam.


Keberanian yang sebenarnya


“Kehendak dan keberanian yang sebenarnya bukan hanya untuk peperangan tetapi juga untuk diri kita melawan dan menakluki rasa malas dan kebosanan dalam diri kita sendiri"

Dwight Moody

Rahsia Personaliti yang baik


Apabila ditanya mengenai rahsia personalitinya yang baik, Winston Churcill menjawab:

“Saya tidak ada apa rahsia. Sebenarnya anda masih belum belajar mengenai hidup secara mendalam. Tidakkah anda perasan yang anda boleh memberi warna kepada kehidupan. Andalah yang boleh menentukan reaksi yang anda mahu dari orang yang adan temui. Sememangnya amat mudah. Jika anda mahu mereka senyum pada anda, senyumlah dahulu. Jika anda mahu mereka mempunyai minat terhadap anda, tunjukkanlah yang anda juga berminat pada mereka. Jika anda mahu mereka memuji anda, pujilah mereka dahulu. Jika anda mahu mereka menaikkan suara mereka, naikkanlah suara anda dahulu. Ia memang mudah. Orang akan melayan anda seperti anda melayan mereka.

Sememangnya tidak ada rahsia. Lihatlah diri anda. Anda akan dapat buktikannya apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda temui..”

Menulislah ...


“Kata-kata yang ditulis dapat memenangi hati lebih banyak orang jika dibanding dengan kata-kata yang diucap. Setiap gerakan yang besar di dunia lebih terhutang budi kepada tokoh-tokoh penulis daripada tokoh-tokoh pidato” - Adolf Hitler

Keazaman tanpa kenal erti kekalahan

Sentiasa cekal dalam mengharungi cabaran mendatang. Apa yang penting kemahuan. Dengan adanya kemahuan dan keazaman serta usaha tanpa jemu, pasti kejayaan dan kemenangan akan menjadi milik kita.

About this blog

Si camar putih cuba mendokumentasikan artikel-artikel penting, petikan kata, keratan akhbar & majalah, dan clip video yang didapati menarik untuk menjadi tatapan & renungan para pembaca khususnya untuk para pelajar, guru, ibubapa dan sesiapa yang berkenaan. Semua artikel, petikan kata, keratan akhbar & majalah yang terpilih akan dientrikan bersama sumber asalnya. Sumber asal adalah penting untuk mengikhtiraf sumbangan penulis / penerbit yang sebenarnya.