Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2009

Kepada para pelajar tingkatan 3, Selamat menghadapi peperiksaan PMR lusa ini. Moga semua pelajar dalam keadaan bersedia, tenang je. Jangan lupa, selain usaha, mohon doa dan restu ibu bapa. InsyaAllah.. pelajar akan berjaya.

Apa ada di sebalik renungan mata budak ini?

Gambar ini sungguh bermakna sekali bagi aku. Renungan mata kanak-kanak ini penuh erti. Mungkin ia sedang merenungi masa depannya yang masih jauh & suram. Mungkin juga sedang merenungi kelukaan & kesengsaraan yang telah dan sedang dilaluinya...

Kemungkinan juga kanak-kanak ini sedang merindui seseorang...

Nik Nur Madihah scored 19 1As and a 2A SPM 2008

Nik Nur Madihah of SMA Maahad Muhammadi Kota Baru, who scored 19 1As and a 2A, shows her fisherman father, Nik Mohd Kamal Husin, her results. - NST picture by ZAMAN HURI ISA


KOTA BARU: Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal is the top Sijil Pelajaran Malaysia scorer with 20 As.

The 18-year-old student of SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Baru obtained 19 1As and one 2A.

The eldest of four siblings, from Kampung Parang Puting near Pantai Sabak, said the three-day SKOR seminar, organised by Berita Harian which she attended last year, helped her a lot in answering questions on subjects such as Mathematics, Science and Bahasa Melayu.

"I did not miss any tuition classes and group studies which the school organised as I could not afford to take private tuition with my parents small income."

Her father is a fisherman and her mother is a cleaner.

Her results were announced by state Islamic Development, Education and Dakwah Committee chairman Mohd Amar Abdullah at the school yesterday.

Nik Nur Madihah said her father, Nik Mohd Kamal Husin, 42, and mother Mariani Omar, 40, had also encouraged her to do well.

"I plan to further my studies overseas so that I can help my parents and my siblings in the future."

Sumber: New Straits Times, Wednesday, March 25, 2009.

Nik Nur Madihah Pelajar Terbaik SPM 2008 kongsi rahsia kejayaan

KOTA BHARU 22 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal hari ini berkongsi rahsia kejayaannya dengan 200 pelajar sempena Ekspo Pendidikan Mara peringkat negeri di sini.

Pada majlis di Auditorium Mara di sini itu, Madihah yang buat pertama kalinya menghadiri program seperti itu menyatakan tentang pentingnya peranan para guru yang berjaya melonjakkan keupayaan dirinya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang.

''Mereka bersedia mengetepikan kepentingan sendiri apabila diminta membantu ketika saya menghadapi masalah dalam pelajaran," ujarnya.

Menurutnya, dia juga sentiasa bertanya kepada guru bagi mendapatkan penjelasan dan kefahaman tentang sesuatu subjek.

''Pernah saya bertanyakan soalan kepada seorang guru ketika dia sedang membuka pintu kereta untuk pulang dan dia menangguhkan hasratnya itu bagi membantu saya," katanya.

Selain itu katanya, bagi mengelakkan kebosanan semasa belajar, dia berusaha meminati sesuatu pelajaran antaranya menyukai guru-guru itu.

''Saya berusaha menyayangi semua guru dan mahu menggembirakan mereka dengan keputusan yang cemerlang," ujarnya semasa sesi soal jawab dengan pelajar.

Nik Nur Madihah berkata, dorongan seterusnya berpunca daripada kesusahan hidup yang dialaminya.

''Saya perlu berusaha gigih kerana kecemerlangan itu merupakan hadiah paling berharga untuk kedua ibu bapa,'' ujarnya.

Katanya, dia juga mengamalkan amalan harian termasuk solat hajat dan menyertainya dengan doa.

Sumber: Utusan Online, 25 Mac 2009.

About this blog

Si camar putih cuba mendokumentasikan artikel-artikel penting, petikan kata, keratan akhbar & majalah, dan clip video yang didapati menarik untuk menjadi tatapan & renungan para pembaca khususnya untuk para pelajar, guru, ibubapa dan sesiapa yang berkenaan. Semua artikel, petikan kata, keratan akhbar & majalah yang terpilih akan dientrikan bersama sumber asalnya. Sumber asal adalah penting untuk mengikhtiraf sumbangan penulis / penerbit yang sebenarnya.