Rahsia Personaliti yang baik


Apabila ditanya mengenai rahsia personalitinya yang baik, Winston Churcill menjawab:

“Saya tidak ada apa rahsia. Sebenarnya anda masih belum belajar mengenai hidup secara mendalam. Tidakkah anda perasan yang anda boleh memberi warna kepada kehidupan. Andalah yang boleh menentukan reaksi yang anda mahu dari orang yang adan temui. Sememangnya amat mudah. Jika anda mahu mereka senyum pada anda, senyumlah dahulu. Jika anda mahu mereka mempunyai minat terhadap anda, tunjukkanlah yang anda juga berminat pada mereka. Jika anda mahu mereka memuji anda, pujilah mereka dahulu. Jika anda mahu mereka menaikkan suara mereka, naikkanlah suara anda dahulu. Ia memang mudah. Orang akan melayan anda seperti anda melayan mereka.

Sememangnya tidak ada rahsia. Lihatlah diri anda. Anda akan dapat buktikannya apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda temui..”

About this blog

Si camar putih cuba mendokumentasikan artikel-artikel penting, petikan kata, keratan akhbar & majalah, dan clip video yang didapati menarik untuk menjadi tatapan & renungan para pembaca khususnya untuk para pelajar, guru, ibubapa dan sesiapa yang berkenaan. Semua artikel, petikan kata, keratan akhbar & majalah yang terpilih akan dientrikan bersama sumber asalnya. Sumber asal adalah penting untuk mengikhtiraf sumbangan penulis / penerbit yang sebenarnya.